Thursday, November 27, 2008

KURSUS INDUKSI SISTEM SARAAN MALAYSIA (KISSM)

Baru je habis BTN kami ada Kursus Standard Guru Malaysia (SGM) pada 12 Nov 2008 (rabu). Lepas tu kul 12.00 pada hari yang sama ada test (survey) kat makmal komputer 4. Punya la banyak soalan yang kena jawab tapi xsusah pakai hentam je... hahahaha

kami berpeluang untuk berehat buat beberapa hari, (13 -17 Nov 2008) kesempatan ini digunakan sepenuhnya kerana pada 18 Nov 2008 KISSM bermula.

Alkisah nak dijadikan cerita maka KISSM pun bermulalah... ingatkan macam manalah KISSM tu..rupa2nya dengar ceramah je... punya la boring.. tapi ada juga slot2 yang menghiburkan. Masa KISSM ni barulah Kami sedar rupa2nya ramai pensyarah yg best2 kat sini, sebelum ni xsedar pun ada pensyarah yg macam gini... tapi ada jugak yg xbest..asyik baca slide jer... mengantuk... tapi apa-apapun semangat harus dikuatkan. Paling penting sekali sabar.....

No comments: